Followers

Hai.

hai.
assalamualaikum.
atas permulaan untuk aku menulis blog ini, pastikan korang semua ada mood untuk membacanya kerana aku disinin blablabla taktahu nak tulis apa. haha. okay, aku update lagi blog ini supaya tak ada satu je post yang aku post kan. yelah, post lama aku dah delete. aku rasa ada lah dalam enam puluh post aku yang dulu yang sekarang ni tinggal satu post saja. so kalau aku post yang ni, kira baru ada dua. muehehe. cerita pasal blog, haha aku memang tak boleh lupa lah dulu dulu kan, entah apa aku update pun aku tergelak. ye serious. dulu kira ((tak matang)) main terjah je tulis blog ni. sekarang ((matang sikit)) boleh fikir macam mana nak menaip serta mengeja ayt dengan betul. dulu aku eja entah apa apa je. contoh lah macam ''aq, k0u, bz'' dan seangkatan dengan nya. kalau korang terjah blog aku masa dulu ni, malu woi. aku sendiri malu bila tulis macam tu. ala dah kata pun (( tak matang )) kan. so memang lah. okay dah habis part yang pasal post. pasal blog yang edit semua ni, kak wana yang buat. dulu rapat juga. minta tolong edit semua. cantik. sampai sekarang aku tak tukar theme benda alah ni. mungkin sebab suka biru kot. polkadot lagi. kahkah. saja sebenarnya update new post ni. taktahu nak buat apa sekarang. makan pun dah. lagipun macam takut juga tinggalkan balik blog ni. yelah, aku ni kan memang senang lupa. takut nanti tetiba muncul eh aku ada blog lah. masa tu dah macam masa sekarang ni lah. delete post lama buat post baru. sebab apa? malu dengan apa yang update dulu. macam nak cerita pasal family pun ada sekarang ni. mungkin aku akan mula kan dengan seluruh ahli keluarga aku belah ibu kot. dah tak mungkin dah sebab aku memang nak cerita.

atok ;
(( dulu kecik rapat gila macam sekarang. dah besar ada lah kelainan. suka cara nya yang banyak bersabar, pendiam. atok tak banyak cakap. kalau orang buat dia ke, dia diam je. katanya '' dah tua, orang tolak atok pun boleh jatuh''. kecik kecik selalu meronda dekat kampung naik motor, sampai aku belajar bawa motor pun dengan atok. wah best okay ))

nenek ;
(( baik orangnya. dalam membebel dia juga, ada kebaikan bila dia membebel. cantik, comel je. normal lah kan dah tua, salah sikit mesti dia membebel. tapi apa dia kata semua betul. tak panggil nenek sebenarnya, panggil ''wan'' sebab nya taksuka kot bila guna nenek sebab dah ramai guna. mungkin ))

umi ;
(( umi ni maklong. kerja dekat kl. baik, sekarang dah kahwin.bila free balik lah kampung. ada masa juga borak dengan dia. dulu sebelum kahwin ada juga belanja itu ini. penyabar pendiam macam atok ))

pakngah ;
(( pakngah ni anak no dua. so dia kira lelaki pertama lah pakcik aku belah ibu. pun sama macam atok. tak banyak kerenah. anak semua kulit putih. muehehe. ada kala borak juga lah. tak banyak sikit ))

ibu ;
(( ibu anak ketiga. perempuan no dua dalam adik beradik. baik penyayang manis sporting semua untuk ibu. dah kalau ibu kasih sayang untuk anak dia mesti banyak. garang mana pun tetap sayang. tipu kalau tak sayang kan. ibu sendiri. melahirkan aku, mengandungkan aku selama sembilan bulan. tiada yang lain ))

uteh ;
(( uteh anak ke empat. garang gila. tapi bak kata nenek aku pun ''dalam garang dia, hati dia baik''. memang baik. kena marah tu biasa kalau salah. kalau cuti tak ada dia tak best. sebab tak ada pelawak nanti. simple, selalu belanja makan ke apa ke. tak banyak kerenah cuma garang dia je buat aku takut tapi dia lah makcik yang sporting yang penting dah kahwin ))

acik ;
(( acik anak ke lima. haha baru kahwin. baik lah. rabun macam aku. selalu bagi phone dia. aku buat harta bila guna tu. lol. sporting pun sama. anak comel, tapi rupa ayah dia lah :p ))

ucu ;
(( ucu last. lelaki. pakcik yang baik gila. macam atok. tak banyak cakap pun ya. selalu ada masa bawa pergi jalan. dulu sekolah rendah selalu naik motor dengan ucu. haha darjah dua. sekarang dah kerja, dah nak kahwin mungkin. ))

okay pasal family belah ibu. itu kira urutan adik beradik ibu. semua aku rapat.
sayang lagi lah. 
bawah ni cerita pasal family aku pula ;)

ayah ;
(( baik penyayang garang sporting semua ada lah. tima marah dia marah. time gurau dia gurau. susah senyum kadang kadang. tapi kalau dah senyum atau gelak, rasa hati ni wah ayah gelak lah. selalu bagi nasihat. tak pernah putus. Mohd Fairus nama nya ))

ibu ;
(( cantik jelita manis comel anggun lawa semua untuk ibu. aku sendiri tak boleh tulis apa yang aku rasa bila ibu selalu dengan aku. Allah sahaja yang tahu betapa sayang nya aku dengan ibu. walaupun kadang kadang melawan semua. sayang. sangat ))

along ;
(( kakak yang sorang je aku ada dalam dunia ni. kandung aku. garang tapi ada masa selalu bersama. ya kan rang kata ''air dicincang tak akan putus'' . duduk asrama, susah kadang kadang. boring bila dia tak ada. tinggi sikit dari aku. kadang ada problem selalu cerita ))

adik ;
(( seorang adik lelaki yang aku ada. nakal tak terhingga. tak terlayan kadang kadang. nakal dia ada selit kebijaksanaan dia sendiri. aku salah ada juga dia tegur. bila dia salah sampai gaduh dengan aku pun ada. kaki game ps. bola 24/7 kalau boleh ))

pasal family aku sudah juga. tapi terima kasih juga kerana kurniakan aku akak angkat yang baik.
nama dia rahsia lah. nanti apa pula kata dia.
tamat segalanya.
pasal family pun dah.

lain post inshaallah nak tulis pasal bias dengan bestfriends ;)

terima kasih kerana membaca.
aku jadi aku.
engkau jadi engkau.
taklawak tak apa cuma ingin berkongsi.

allah saja yang tahu sayang nya aku dekat mereka semua. jumpa lagi dalam post yang akan datang.
assalamualaikum ;)

Ada ubi ada batas, sudah baca? button follow di atas.